Penduduk yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) Batu 4, Changkat Jong meningkat kepada 69 orang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hilir Perak memaklumkan mereka terdiri daripada 18 keluarga membabitkan Kampung Batu 8, Lorong Kedah dan Kampung Batu 9.

Paras air juga menunjukkan peningkatan dari 3.80 meter kepada 3.83 meter.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini