Penduduk terkesan banjir di Sabah meneruskan trend peningkatan dengan jumlah 2,560  orang setakat pukul 10 pagi tadi.

Bilangan ini meningkat lebih daripada 609-orang dalam tempoh 12 jam.

Setakat pukul 8npagi,  Kota Marudu terus mencatatkan jumlah penduduk terjejas tertinggi dengan 1,973 penduduk diikuti daerah Sandakan 197 dan daerah kecil Paitan, 97 penduduk.

Manakala, PPS di Dewan Longob menempatkan jumlah penduduk terjejas tertinggi dengan 300 penduduk.

Ketua Isi Rumah terjejas berjumlah 874 orang dan ditempatkan di  23 PPS dari enam daerah.

Empat tanah runtuh dilaporkan iaitu dua di Ranau, dan masing-masing satu di Kinabatangan dan Tambunan.

Satu kematian dilaporkan setakat ini akibat dihanyutkan  arus deras di sungai Liningkung Telupid.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini