Penduduk daerah Sik, Kedah yang terjejas akibat banjir sejak dua hari lalu diminta membuat laporan polis dengan segera.

Ia bagi membolehkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membuat bancian dan meneliti kos kerosakan yang dialami penduduk sebelum bantuan disalurkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kebajikan Negeri Kedah, Datuk Halimaton Shaadiah Saad berkata, setakat ini pihaknya belum menerima maklumat terperinci.

Hujan lebat selama beberapa jam petang Sabtu lalu menyebabkan 94 buah rumah di 11 buah kampung di daerah Sik dilanda banjir.
 
Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belantek menyaksikan kediaman terjejas paling banyak iaitu 69 buah rumah.

Datuk Halimaton ditemui ketika melancarkan Skuad Wanita Anti Jenayah (WAJA) peringkat Negeri Kedah di Dewan Tunku Anum, Jitra.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini