Penduduk terjejas banjir disaran melayari laman web bantuanbanjir.com.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, melalui laman berkenaan, mereka boleh mengetahui maklumat sahih dan terkini berkaitan bantuan yang disediakan kerajaan Persekutuan.

Datuk Seri Rina berkata, laman web berkenaan disediakan bagi memastikan segala bantuan dapat disalurkan kepada penduduk terjejas.

Malah, rakyat tidak tertipu dengan pelbagai laman web yang menyalurkan maklumat tidak sahih.

Datuk Seri Rina ditemui selepas menyampaikan bantuan ‘Kembali Ke Sekolah’ Parlimen Titiwangsa, di Masjid Al-Akram, Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

530 pelajar terdiri daripada anak-anak penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) serta golongan B40, menerima bantuan berupa beg dan kelengkapan sekolah, termasuk peralatan untuk Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

Turut menerima bantuan, 224 penduduk terjejas banjir fasa 1 dan 2 di parlimen berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini