Angka penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara, PPS di Johor, Pahang dan Melaka, semakin berkurangan. Di Johor, banjir di empat daerah mula beransur pulih.

Bilangan penduduk terjejas berkurangan kepada 3,489 individu berbanding 3, 714 orang, 8 pagi tadi. Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, R. Vidyananthan berkata, Pusat Pemindahan Sementara, PPS Sekolah Menengah Dato Bentara Dalam di Segamat, ditutup 8 pagi.
 
Setakat ini, 46 PPS masih beroperasi yang menempatkan 968 keluarga. Penduduk terjejas di Segamat juga semakin berkurang apabila kini tinggal, 1,462 orang. Diikuti Muar, 1,190 orang, Tangkak, 708 orang dan Batu Pahat, 129 orang.

Sementara itu di Pahang, 292 penduduk terjejas banjir daripada 85 keluarga masih ditempatkan di PPS. Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, kesemua mereka berada di 8 PPS yang masih dibuka. Daerah yang masih terjejas, masing-masing, Maran, Pekan dan Rompin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini