Kesemua penduduk yang terperangkap di beberapa kawasan di Hulu Terengganu, Terengganu telah berjaya dibawa keluar dan diselamatkan pihak berkuasa.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri, Hanafiah Mat berkata, mereka termasuk penduduk yang terperangkap di atas bumbung rumah selepas kediaman mereka dinaiki air.

Ujar Hanafiah lagi, kesemua mereka telah dibawa ke pusat pemindahan sementara (PPS) berdekatan.
 
Hanafiah berkata, situasi yang melanda daerah berkenaan kali ini adalah diluar jangkaan.

Semalam, tular di media sosial video dan gambar penduduk di Kampung Lubuk Pait, Kuala Berang yang terperangkap di atas bumbung rumah dan melarikan diri ke atas sebuah bukit bagi menyelamatkan diri ekoran air yang naik mendadak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini