Penggunaan dan pembelian ganja tidak lagi haram di sisi undang-undang Thailand, berkuat kuasa hari ini.

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-Ocha bagaimanapun berkata, orang ramai perlu mengawal penggunaannya, walaupun ia tidak lagi diletakkan di bawah Kategori 5, Akta Narkotik.

Mulai hari ini juga, penanaman pokok ganja di rumah turut dibenarkan dengan syarat berdaftar dengan Pengurusan Makanan dan Dadah Thailand, menerusi ‘PlookGanja’.

Hampir 100,000 pihak dilaporkan telah mendaftarkan perancangan penanaman ganja mereka.

Malah kerajaan Thailand merancang untuk memberi satu juta pokok ganja bagi menggalakkan terutamanya para petani untuk memulakan penanaman pokok ganja.

Thailand mengamalkan tradisi penggunaan ganja bagi melegakan kesakitan selain penggunaan dalam hidangan kamanan.

Pada 2018, Thailand menjadi negara pertama di Asia Tenggara menghalalkan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan dan kajian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini