Xi’an yang diletakkan dalam sekatan paling ketat COVID-19, kini melarang penduduknya memandu kenderaan sekitar dalam bandar itu dalam usaha mengawal wabak terburuk negara terbabit dalam tempoh 21 bulan.

Menurut pengumuman terkini itu, kenderaan tidak dibenarkan berada di atas jalan raya kecuali mereka membantu kerja-kerja kawalan penyakit.

Polis dan pegawai kesihatan akan ‘memeriksa dengan ketat; kenderaan dan mereka yang melanggar peraturan boleh menghadapi penahanan 10 hari dan denda 500 yuan (RM326.27)

China berpegang kepada strategi ‘sifar COVID-19’ iaitu sekatan ketat di sempadan, tempoh kuarantin lebih panjang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini