Peninggalan sejarah dengan penemuan fosil tulang seperti tengkorak manusia, fosil haiwan prasejarah, cengkerang laut dan lukisan gua zaman proto sejarah di Bukit Keteri dan Semadong bakal melonjakkan pelancongan arkeologi di Perlis.

Penemuan ini boleh diketengahkan kepada masyarakat umum terutama pelancong dari luar negara. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, penemuan fosil dan lukisan pra sejarah pada 2018 membuktikan Perlis memiliki keunikan dan mampu menarik minat pakar geologi serta penyelidik untuk membuat kajian di negeri ini.

Malah, pelbagai lagi fosil unik dipercayai boleh diteroka di Perlis. Baginda dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan meluangkan masa melawat lokasi penemuan fosil pra sejarah di Bukit Keteri. Tuanku Syed Faizuddin turut meluangkan masa melawat kawasan pendakian cerun di Bukit Keteri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini