Pengguna lebuh raya utara-selatan arah utara dinasihatkan agar berhati-hati susulan  penutupan lorong kanan di kilometer 273.3 dan kilometer 272.2.

Kenyataan PLUS Malaysia Berhad, PLUS memaklumkan, penutupan itu bagi tujuan penyelenggaraan jalan susulan penemuan lubang benam, pagi semalam.

Kawasan lubang benam tersebut adalah antara persimpangan Ipoh Selatan dan Ipoh Utara di lebuh raya itu.

Pasukan PLUSRonda telah mengesan lubang benam pada pukul 7.44 pagi semalam dan bertindak menutup lorong itu buat sementara waktu, demi keselamatan pengguna lebuh raya.

Hanya satu lubang benam dikesan dan pemantauan akan terus dijalankan sebagai langkah keselamatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini