Penemuan tulang bahagian kaki di tebing Sungai Jebong, Kuala Sepetang di Taiping membongkarkan kejadian bunuh melibatkan seorang wanita berusia 31 tahun. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC Anuar Othman berkata, mangsa dipercayai mati dalam tempoh antara dua atau empat minggu lalu.

Bertindak atas maklumat, polis telah menahan seorang penganggur berusia 34 tahun yang juga merupakan teman lelaki mangsa. Hasil soal siasat, suspek mengaku telah bergaduh dengan mangsa di rumah sebelum bertindak memukul mangsa hingga mati.

Suspek kemudian membawa polis ke lokasi mangsa dibunuh dan di tanam. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek direman sehingga 6 November depan.

Pada 27 Oktober lalu, polis menerima laporan berkenaan penemuan bungkusan mengandungi rangka tulang dipercayai bahagian tubuh manusia daripada kepala hingga ke pinggang dalam keadaan reput sepenuhnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini