Ke arah meningkatkan kemahiran menyediakan perkhidmatan penentusahan alat timbang dan sukat yang tepat.

Seramai 106 pegawai syarikat DE Metrology Sdn Bhd (DMSB) akan dilatih oleh Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia, NMIM – SIRIM bagi menjalankan kerja penentusahan timbang.

Ia bagi kegunaan perdagangan untuk KPDNHEP.

Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad menerusi pemeteraian memorandum perjanjian ia akan memantapkan lagi pengetahuan dan pembangunan kompetensi pegawai penentusahan. Pihak kementerian mengalu-alukan kerjasama strategik itu dalam menguruskan isu-isu berkaitan ketepatan timbang dan sukat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini