Penerbangan domestik Afghanistan kembali beroperasi setelah dihentikan perkhidmatan susulan rampasan kuasa oleh Taliban.

Operasi pesawat Ariana Afghan Airlines itu melibatkan penerbangan dari Kabul ke beberapa wilayah berhampiran.

Pengurus Stesen Penerbangan di Lapangan Terbang Kabul Shershah Stor memberitahu, penerbangan kembali beroperasi Sabtu lalu ke kawasan barat Herat, selatan Kandahar dan wilayah utara Balkh.

Penerbangan dikendalikan tanpa sistem radar yang berfungsi di lapangan terbang utama.

Tiga lagi penerbangan dijadualkan pada Ahad untuk perhubungan melibatkan wilayah yang sama.

Sepasukan juruteknik tiba di Kabul minggu lalu untuk membantu memulakan kembali operasi di lapangan terbang itu yang disifatkan sebagai keperluan mendesak dan perlu bantuan kemanusiaan segera.

Buat masa ini, belum terdapat syarikat penerbangan komersial bersedia untuk menawarkan perkhidmatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini