Penerbangan keluar dan masuk dari Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum disambung semula semalam.

Ia sehari selepas Pihak Berkuasa Penerbangan Awam negara itu memaklumkan mereka akan digantung sehingga 30 Oktober.

Berikutan informasi tersebut, orang ramai dilihat berbaris panjang di luar pejabat jualan Syarikat Penerbangan Badr Sudan bagi mendapatkan tiket serta urusan-urusan lain.

Pergolakan kian memuncak apabila tentera mengambil alih kuasa serta menahan Perdana Menteri dan beberapa orang menteri lain.

Akibat pengumuman perintah darurat serta membubarkan kerajaan, penyokong anti kudeta telah melakukan protes di jalan raya bagi memberi tekanan kepada tentera untuk mengembalikan kuasa.

Setakat ini tiga penunjuk perasaan maut dan kira-kira 80 lagi cedera ketika bantahan terhadap pengambilalihan kepimpinan kerajaan oleh tentera dan meletakkan Sudan dalam darurat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini