Penerima Bantuan Prihatin Rakyat; BPR 2021 yang layak, digesa segera menebus Baucar Perlindungan Tenang; PTV sebelum tempoh penebusan tamat 31 Disember ini.

PTV ini membolehkan penerima BPR membeli pelan insurans atau takaful ditawarkan syarikat insurans dan pengendali takaful dalam negara.

Sehingga kini, lebih 888,000 baucar telah ditebus dengan jumlah perlindungan melebihi RM44 juta.

Penerima BPR boleh membuat semakan kelayakan bagi baucar berjumlah 50 ringgit menerusi portal khas PTV seperti tertera.

Setelah mengesahkan kelayakan, mereka disaran melayari www.mycoverage.my untuk melihat ciri-ciri dan manfaat yang ditawarkan, sebelum membuat pembelian.

Sebagai alternatif, penerima BPR juga boleh ke mana-mana cawangan syarikat insurans, pengendali takaful, ejen atau pengedar Perlindungan Tenang yang sah untuk menyemak kelayakan serta membeli pelan perlindungan.

Mulai Januari depan, nilai baucar PTV akan ditingkatkan kepada 75 ringgit.

Butiran lanjut mengenainya akan diumum dalam masa terdekat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini