Kementerian Kesihatan (KKM) melanjutkan tempoh pemberian dos penggalak sehingga 31 Mac ini kepada individu yang menerima vaksin jenis Sinovac.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata sebelum ini pihaknya memutuskan mana-mana individu berusia 60 tahun ke atas yang menerima vaksin jenis Sinovac perlu mendapatkan dos penggalak sebelum 28 Februari ini sebelum status vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera dinyatakan sebagai tidak lengkap.
Mulai 1 April status vaksinasi lengkap akan ditukar kepada tidak lengkap sekiranya masih belum mendapat dos penggalak.