Seorang peneroka FELDA maut dipercayai akibat tembakan di dada di ladang kelapa sawit felda Bukit Sagu 4, Kuantan, Pahang, semalam.

Mohamad Omar, 67 tahun meninggal dunia di Klinik Kesihatan Bukit Goh, Kuantan, ketika menerima rawatan. 

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu Berkata, polis menjumpai selaras senapang buatan sendiri di tempat kejadian dan mangsa turut cedera di tapak tangan kanan.
 
Siasatan awal mendapati, mangsa keluar untuk mengait kelapa sawit kira-kira 10 pagi sebelum menghubungi isterinya pada 3.36
petang memaklumkan dirinya telah ditembak.
 
Isterinya bersama rakan baik mangsa pergi ke tempat kejadian dan menemukan lelaki itu dalam keadaan parah akibat tembakan dan ketika itu mangsa masih hidup.
 
Mangsa kemudiannya dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia 4.20 petang.
 
Setakat ini motif kejadian masih dalam siasatan dan pihak polis mengklasifikasikan kejadian sebagai mati mengejut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini