Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menetapkan sepuluh sasaran utama yang mesti dicapai dalam tempoh 100 hari pertama seperti yang ditetapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, 10 sasaran utama itu melibatkan dua sektor iaitu sektor alam sekitar serta sektor air dan pembentungan. Bagi Sektor Alam Sekitar, KASA menyasarkan untuk menggubal kerangka undang-undang perubahan iklim negara, dan menggubal struktur asas pusat inventori GHG Negara.

Di samping itu, membangunkan rangka kerja skim perdagangan karbon domestik, melancarkan ‘Malaysia Plastics Sustainability Roadmap’ dan melancarkan portal ‘Green Jobs’.

Manakala bagi Sektor Air dan Pembetungan, KASA menyasarkan untuk membangunkan mekanisme penetapan taraf air yang telus.

Selain itu, menyasarkan lima kawasan baharu projek wakaf air, meluaskan penggunaan sumber air pulih guna untuk industri, meluaskan kawasan liputan bekalan air dan pembetungan serta meningkatkan kadar rizab margin air nasional.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini