Penetapan gaji minimum RM1,500 amat penting terutama bagi jutaan individu golongan pekerja B40. Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, MTUC menyarankan beberapa cadangan berkaitan perkara tersebut.

Setiausaha Agungnya Kamarul Baharin Mansor berkata, penetapan gaji itu perlu diutamakan kerajaan dan harus dipercepatkan.

Beliau juga mengesyorkan agar platfrom Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan, digunakan bagi membincangkan isu buruh di Malaysia termasuk buruh paksa dan pindaan Akta Perburuhan.

MTUC turut menyarankan kerajaan menerima pelabur yang berupaya memberi gaji minimum yang wajar kepada pekerja.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini