Penetapan harga maksimum sesuatu barangan bukan bermakna, ia dijual dengan harga lebih murah.

Sebaliknya memastikan barangan berkenaan tidak dijual dengan harga mahal seterusnya menjamin kebajikan pengguna.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata pengguna sering keliru terhadap istilah harga maksimum dengan menganggap mereka boleh membeli sesuatu barangan dengan murah.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2021 di Dewan Negara.

Bagi menangani isu kenaikan harga barangan keperluan, KPDNHEP merancang untuk melaksanakan satu projek rintis melibatkan kerjasama dengan pemain industri, peniaga serta pihak berkuasa tempatan, PBT.

Rang Undang-Undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2021 itu yang bertujuan meminda Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730) untuk menyusun semula dan memantapkan fungsinya supaya lebih komprehensif selari dengan peredaran masa diluluskan sebulat suara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini