Mahu menjejakkan kaki ke Olimpik Paris 2024.

Itu penjelasan pemain beregu campuran negara, Chan Peng Soon yang kembali menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Peng Soon yang telah 13 tahun bergandingan dengan Goh Liu Ying menyertai semula badan induk badminton negara itu sehari selepas berpisah dengan pasangannya itu kelmarin.

Menurut Peng Soon, keputusan untuk berpisah dengan Liu Ying yang juga pasangannya selepas meninggalkan BAM sebelum ini, telah lama bermain di fikirannya.

Pemain berusia 33 tahun itu berkata fokusnya selepas ini adalah mencari pasangan baharu yang serasi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini