Pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 kepada semua ketua isi rumah terjejas banjir dijangka selesai selewat-lewatnya Ahad ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Banjir), Agensi Pengurusan Bencana Negara NADMA, Datuk Khairul Shahril Idrus, namun memaklumkan Selangor dan Pahang mungkin sedikit lewat berikutan  jumlah penerima yang ramai.

Beliau memaklumkan prosedur permohonan BWI telah dipermudahkan, dimana tiada dokumentasi diperlukan seperti sebelum ini dan pihaknya juga akan menghantar pegawai ke kawasan terjejas banjir bagi tujuan pendaftaran.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini