Pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) akan disegerakan kepada ketua isi rumah yang terjejas banjir di seluruh negara.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali memberitahu ketika ini proses pengagihan BWI giat dijalankan di negeri-negeri yang terjejas banjir. 

Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri  (ICU) selaku penyelaras pengagihan bantuan kewangan itu akan memastikan penyerahan dilakukan dengan kadar segera.

Tan Sri Zuki ditemui RTM pada Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan di SMK Sri Tualang, Temeroh, Pahang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini