Pengambilan Dos Penggalak COVID-19 semasa kehamilan adalah selamat.
Malah, ia digalakkan sebagai perlindungan kepada ibu dan bayi, khususnya daripada jangkitan varian Omicron.
Jelas Pakar Perunding Kanan dan Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Sungai Buloh, Dr Norashikin Abdul Fuad, penggalak adalah jenis dos yang sama seperti dos pertama dan kedua, selain tidak memudaratkan.