Proses pengambilan guru Fasa Satu oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah selesai, dan penawaran telah dikeluarkan kepada guru-guru terlibat.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, pihaknya akan mengusahakan proses penempatan dalam masa terdekat.

Menurutnya, proses pengambilan oleh SPP dijalankan secara berfasa, mengikut subjek tertentu, berikutan jumlah guru terlibat yang ramai, iaitu 18,702 orang.

Proses pengambilan masih diteruskan sehingga kini dan pihak SPP masih menjalankan temubual bagi pengambilan fasa dua.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini