Kementerian Sumber Manusia bakal memeterai satu Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Kementerian Kebajikan Ekspatriat & Pekerjaan Luar Negara, Republik Bangladesh dalam masa terdekat.

Menterinya Datuk Seri M.Saravanan memaklumkan Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju agar pengambilan pekerja dari negara tersebut dilaksanakan sejurus selepas MOU tersebut ditandatangani.

Beliau menerusi satu kenyataan memaklumkan Mesyuarat Jemaah Menteri turut bersetuju agar pengambilan pekerja asing dibuka untuk semua sektor, selain sektor perladangan yang dipersetujui sebelum ini.

Ia melibatkan sektor pertanian, perkilangan, perkhidmatan, perlombongan dan kuari, pembinaan dan pekerja domestik.

Kementerian juga akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memperhalusi SOP kemasukan pekerja-pekerja asing.

Ia termasuk aspek kuarantin untuk syarat-syarat keselamatan dan kesihatan dipatuhi speenuhnya.

Mesyuarat Jemaah Menteri semalam juga bersetuju agar pelaksanaan levi pelbagai peringkat ditangguhkan bermula 1 Januari 2022 kepada 1 Julai 2022 agar tidak membebankan majikan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini