Kementerian Wilayah Persekutuan memberi jaminan isu pengambilan tanah di Sungai Baru, Kampung Baru dilaksana secara adil.

Menterinya, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim memaklumkan beliau sendiri akan terlibat rundingan dengan pemilik dan pemaju.


Datuk Seri Dr Shahidan berkata kepentingan pemilik lot dan flat PKNS Sungai Baru jadi keutamaan.

Beliau menjangkakan keputusan akan diperoleh Januari nanti.

Pemaju juga dicadangkan supaya membayar dahulu nilai hartanah kepada pemilik.

Selain, membenarkan penduduk membeli unit rumah gantian apabila ia siap dibina. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini