Hendak dapatkan pekerjaan sekarang bukan sesuatu yang mudah, terutamanya ketika COVID-19 masih melanda kini.

Tetapi jika berusaha, mungkin ia akan menjadi realiti.

Seperti dibuat seorang lelaki ini, dia bersungguh-sungguh mewujudkan gerai jualan untuk mempromosikan dirinya.

Haider Malik, 24 dikatakan melekatnya kod QR di gerai itu agar orang ramai boleh melihat kelayakan dimilikinya dengan mudah.

Usahanya itu membuahkan hasil apabila beberapa syarikat memanggil untuk menemuduganya.

Difahamkan, lelaki yang mahu bekerja dalam bidang perbankan dan kewangan itu telah memulakan tugas sebagai Penganalisis Perbendaharaan di sebuah bank di London.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini