Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Selayang atas dua tuduhan membunuh dua beradik dalam satu insiden kebakaran di Kampung Baru Kundang, Selangor, September tahun lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada lelaki itu.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Tertuduh Mohd Fauzi Selamat didakwa membunuh seorang remaja perempuan, B Diviyah, 19 tahun dan adik lelakinya  B Visnu, tiga tahun di rumah mereka di Jalan Tambahan 2, Rawang,  14 September 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Kes disebut semula 16 Mac depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini