Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya, dua minggu lalu.
 
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan ketika pendakwaan dilakukan di hadapan Majistret, Noor Azreen Liana Mohd Darus.
 
Mengikut pertuduhan, Aw Kim Wah ,40 tahun , dengan niat telah melakukan bunuh sehingga menyebabkan kematian terhadap Aw Foong Meng, 73 tahun.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Cina, Menglembu, Ipoh, antara 11 pagi hingga 3.25 petang, 9 November lalu.
 
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Sebutan semula kes ditetapkan 24 Januari depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini