Penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas dua pertuduhan mengaku pemegang sah Anugerah Datuk Seri Panglima.
 
Tertuduh, Mohd Feroz Musa, membuat pengakuan dihadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.
 

Berdasarkan kedua-dua pertuduhan, dia mengaku dirinya pemegang sah Anugerah Datuk Seri Panglima di Larkin Perdana, Januari lalu.
  
Sementara itu, di kamar Mahkamah Majistret, tertuduh mengaku tidak bersalah atas dakwaan menggunakan gelaran Datuk Seri yang mempunyai dana luar negara untuk menipu mangsa.
 
Mengikut pertuduhan, dia telah menipu seorang wanita hingga mangsa menyerahkan RM11,600 ke akaun tertuduh antara Disember 2020 hingga Januari lalu.
 
Majistret Zuhainie Zull Kafli menetapkan jaminan RM17,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga kesalahan.

Kes disebut semula 14 November.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini