Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menerima permohonan rasmi dari syarikat penganjur, Human Voyage Sdn. Bhd-HV untuk menunda kejohanan yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 10 Mac 2022 kepada 18 hingga 26 Jun 2022.

Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Mohd Azhari Mohammad menerusi satu kenyataan menjelaskan, HV telah mengemukakan tiga justifikasi berhubung penundaan jelajah berkenaan.

Pertama, peningkatan kes COVID-19 yang mendadak dan membimbangkan melibatkan penularan varian Omicron di seluruh dunia.

Kedua, keperluan untuk menjalani kuarantin wajib terutamanya bagi individu dari negara yang disenaraikan berisiko varian Omicron oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ketiga, penstrukturan semula strategi pemasaran dan pengkomersialan termasuklah melibatkan hak siaran agar tidak bertindih dengan kejohanan di Eropah.

KBS juga sudah menjadualkan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana LTdL 2022 pada 27 Januari ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini