Penganjur temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing  mengesahkan 72 kes COVID-19 dalam kalangan 2,586 kakitangan  temasya sukan itu yang memasuki China dari 4 Januari hingga 22 Januari lalu.

Bagaimanapun tiada kes jangkitan dilaporkan dalam kalangan 171 atlit dan pegawai sukan yang tiba sepanjang tempoh tersebut.

Daripada jumlah kes jangkitan yang disahkan itu, 39 dikesan menerusi ujian yang dijalankan di lapangan terbang dan lagi 33 di venue pertandingan.

Persiapan akhir kini sedang giat  dijalankan  di tengah-tengah peningkatan  jumlah kes varian Omicron di seluruh dunia.

Temasya sukan itu dijadual berlangsung dari 4 Februari hingga 20 Februari dalam venue pertandingan yang mengasingkan kesemua kakitangan temasya sukan itu daripada orang awam.

Kesemua peserta temasya sukan itu perlu menunjukkan hasil negatif ujian PCR dalam tempoh 96 jam sebelum berlepas ke China dan kebanyakannya menaiki penerbangan berjadual yang sudah diatur khas. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini