Pusat Penyelidikan Teknologi Proses Lestari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganjurkan Asian Biohydrogen and Biorefinery Symposium and Sustainability Challenge.

Menerusi program ini, jelas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr. Adham Baba,  ia menggalakkan pemain industri untuk beralih kepada produk bio bagi mengurangkan pelepasan jejak karbon.

Simposium tersebut berfungsi sebagai platform berkongsi perkembangan terkini dan inovasi dalam teknologi biohidrogen, penapisan bio, nilai ekonomi dan impak kemampanan sosial serta potensi untuk menukar biojisim kepada produk bernilai tinggi.

Bertemakan “Melayari Masa Depan menerusi Bioekonomi Pekeliling”, simposium tersebut menghimpunkan penyelidik, ahli akademik dan pemain industri dari dalam dan luar negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini