Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2021, ditangguhkan.

Program yang diadakan secara hibrid itu, pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 23 Disember ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee memaklumkan, penangguhan ini berikutan berlakunya bencana banjir di kebanyakan kawasan di seluruh negara ketika ini.

Pihaknya kini dalam misi memberikan bantuan kepada penduduk terjejas banjir termasuk golongan yang terlibat dengan keseluruhan rantaian agromakanan, bagi menjamin kelangsungan bekalan dan sekuriti makanan negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini