Penganjuran Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia peringkat Johor oleh Kementerian Perpaduan Negara, (KPN) yang sedang berlangsung di Muar, akan dijadikan model bagi pelaksanaan program sama di peringkat negeri dan daerah lain seluruh negara.

Bagi penganjuran peringkat Parlimen pula, KPN menggunakan model program sama, yang telah berlangsung di Parlimen Jempol, Negeri Sembilan, 4 dan 5 Jun lalu.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, perkara tersebut sudah dibawa dalam mesyuarat bersama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini