Penganjuran julung kali Tasik Beris Extreme Endurance 2022, mendapat sambutan positif dengan penyertaan 600 pelumba dari seluruh negara. Ia sekaligus dapat memperkenalkan daerah Sik, sebagai kawasan ekopelancongan.

Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Belia dan Sukan, KBS, untuk menjadikan kejohanan ini sebagai acara tahunan dan dimasukkan dalam kalender sukan.

Beliau juga yakin kejohanan seperti ini dapat menarik penyertaan golongan belia menceburi aktiviti sukan lasak.

Dalam masa sama, beliau berpuashati dengan pihak penganjur yang berjaya menarik kehadiran peminat dan penyokong untuk menyaksikan kejohanan ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini