Suka duka ditempuhi bersama.

Walaupun dalam keadaan hujan lebat berserta angin kuat tidak menghalang pasangan mempelai ini daripada berganjak dari meja makan.

Begitu juga segelintir para tetamunya yang setia bertahan di situ demi meraikan pengantin baharu itu.

Mereka dengan bersahaja meneruskan santapan masing-masing di bawah payung.

Kejadian yang tular di media sosial ini berlaku di sebuah lokasi perkahwinan di Lapu Lapu City, Filipina pada 22 Oktober lalu.

Ia dirakam oleh pengacara majlis, Trevor Ansela.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini