Sebuah mahkamah Jordan menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas seorang pengarah hospital di negara itu atas kematian 10 pesakit Covid-19.

Abdel Razak al-Khashman dan empat penolongnya didapati bersalah dalam kejadian di hospital awam di Salt. Tertuduh dituduh menyebabkan kematian di hospital awam selepas pesakit meninggal dunia selepas ia kehabisan bekalan oksigen.

Keputusan itu bagaimanapun boleh dirayu dalam tempoh 10 hari. Kematian pada Mac itu mencetuskan kemarahan masyarakat di Jordan yang mendorong Menteri Kesihatan Nazir Obeidat untuk meletak jawatan.

Selepas tragedi itu, Raja Abdullah II menziarahi hospital awam berkenaan di mana ribuan orang berhimpun di luar sebagai tanda protes dan marah terhadap insiden itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini