Seorang pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas enam pertuduhan pecah amanah membabitkan dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) berjumlah RM5.18 juta, pada Januari dan Ogos tahun lalu.

Tertuduh, L. Ragu Raman, 52 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan.

Mengikut lima pertuduhan, tertuduh Sebagai Pengarah syarikat Ternakan Kamran Sdn Bhd yang diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta dana daripada MITRA, tertuduh melakukan pecah amanah jenayah berkaitan harta masing-masing RM3.56 juta, RM300,000, RM500,000, RM300,000 dan RM400,000.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di CIMB Bank Cawangan Teluk Intan di Jalan Pasar pada 29 Januari 2021.

Pada 18 Ogos 2021 di lokasi sama, tertuduh turut didakwa melakukan pecah amanah jenayah berkaitan harta sebanyak  RM120,000. Tertuduh didakwa mengikut Sesyen 409 Kanun Keseksaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini