Sukan permotoran dunia menerima khabar duka apabila Sir Frank Williams, pengasas dan bekas prinsipal pasukan Formula One, Williams, meninggal dunia pada usia 79 tahun.

Perkara tersebut diumumkan pasukan Williams dalam satu kenyataan yang memberitahu, mendiang yang telah dimasukkan ke hospital Jumaat lalu meninggal dunia pada waktu pagi sambil ditemani oleh keluarganya.

Williams sebelum ini dikenali sebagai antara pengasas pasukan yang paling berjaya dalam saingan F-One ketika era 1980-an dan 90-an.

Memulakan karier sebagai pemandu dan mekanik, Williams mula menceburi bidang pengurusan pada 1966 apabila menubuhkan pasukan Frank Williams Racing Cars.

Selepas bergelut dengan kesukaran dana dan penajaan, beliau meninggalkan pasukan itu pada 1977 dan menubuhkan pasukan kejuruteraan Grand Prix Williams di sebuah gudang di Oxfordshire.

Mendiang terpaksa menggunakan kerusi roda selepas mengalami kerosakan tulang belakang akibat kemalangan di Lapangan terbang Nice pada 1986.

Pada 2012, beliau meletak jawatan daripada lembaga pengarah F-One Williams dan digantikan oleh anak perempuannya, Claire Williams.

Bagaimanapun, pasukan Williams tidak bertahan lama dalam saingan F-One apabila ia akhirnya dijual kepada pelabur Amerika Syarikat pada 2020.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini