Pengasas Big Blue Taxi Services, Datuk Shamsubahrin Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tiga pertuduhan rasuah Mac lalu.

Datuk Shamsubahrin membuat pengakuan selepas semua pertuduhan pindaan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa meminta suapan masing-masing bernilai RM15,000 dan RM35,000 daripada seorang lelaki berusia 42 tahun, sebagai dorongan bagi menyelesaikan kes individu terbabit di Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Pertuduhan pindaan ketiga pula, dia didakwa menerima suatu suapan RM35,000 dari lelaki berkenaan bagi tujuan yang sama.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada 3, 7 dan 10 Mac lalu.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM40,000 dengan seorang penjamin.

Sebutan semula dan pengurusan kes ditetapkan pada 8 Oktober depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini