Pengecualian bayaran sewa bagi pengusaha kantin serta ruang atau premis dalam sekolah di seluruh negara dilanjutkan selama enam bulan lagi bermula 1 Julai hingga 31 Disember depan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, keputusan diambil dengan mengambil kira situasi ekonomi semasa dan memahami pengusaha kantin dan penyewa premis sedang dalam proses pemulihan kesan pandemik COVID-19. Beliau berkata demikian dalam satu hantaran video di Facebook rasminya.

Kementerian Pendidikan (KPM) sebelum ini dilapor memberi pengecualian sewaan kantin dan premis atau ruang perniagaan di institusi bawah kementerian itu sehingga Jun ini. Pelanjutan pengecualian bayaran sewa berkenaan berupaya meringankan beban kewangan pihak terbabit.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini