Kerajaan Negeri Sembilan belum memutuskan untuk memberikan pengecualian bayaran bil air bagi pemilik akaun yang terjejas akibat banjir di negeri itu. 

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata beberapa faktor diambil kira termasuk kerugian kerosakan fasiliti ditanggung Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) akibat bencana sama.

Beliau yang juga pengerusi SAINS memaklumkan penilaian jumlah kerosakan dialami pembekal air itu belum dimuktamadkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini