Penduduk terjejas banjir di sembilan kawasan sekitar ibu negara dikecualikan daripada membayar bil air bagi bulan ini.

Menurut Air Selangor pengecualian diber secara automatik, sekali gus penduduk tidak perlu membuat sebarang permohonan kepada syarikat pembekal air itu.

Air Selangor dalam satu kenyataan memberi pengecualian kepada pelanggan akaun Domestik (Kod Tarif 10).

Antara kawasan yang layak menerima pengecualian bayaran bil itu ialah Kampung Pasir, Jalan Batu Bata dan Jalan Rahmat (berhampiran WTC KL), Jalan Raja Chulan, Kampung Chubadak, Kampung Delima, Kampung Kasipillay, Kampung Kolam Air, Lorong Jambu Laut, dan Lorong Raja Mahadi.

Menurut Air Selangor, pihaknya memahami kesulitan dialami para pelanggan yang terkesan dengan bencana banjir dan berharap bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban mereka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini