Baru-baru ini, di China, sebuah pusat pengedaran rasmi kenderaan jenama Mercedes-Benz didenda lebih 1 juta yuan kerana didapati menjual kereta rosak dan mengelirukan pelanggan. Satu rakaman video yang tular di laman sosial itu menunjukkan pemilik kereta bernama Wang Qian duduk di atas bonet kereta berwarna merah di dalam sebuah pusat pameran dan menuduh penjual kereta cuba mengelak daripada memenuhi tuntutannya, iaitu menggantikan kereta rosak itu. Dia mengadakan protes di bilik pameran pengedar itu selepas mendapati ada kebocoran minyak walaupun belum memandu keretanya keluar daripada pusat berkenaan. Qian membeli kereta itu harga lebih 400 ribu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini