Pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekiranya dilaksanakan akan memberi impak kepada pasaran bon dan saham negara. 

Meskipun ia merupakan hasil caruman para pencarum itu sendiri, namun ia bercanggah dengan mandat yang diamanahkan kepada institusi tersebut iaitu menjamin simpanan persaraan pekerja. 

Sementara itu, masih terdapat langkah alternatif yang boleh dimanfaatkan kerajaan bagi membantu kumpulan yang terkesan tanpa perlu ‘mengusik’ dana persaraan mereka. 

Antaranya, pakej kewangan tanpa faedah yang boleh ditawarkan menerusi institusi kewangan masing-masing.

KWSP sebelum ini memaklumkan tiada peruntukan dalam akta yang membenarkan pengeluaran untuk bencana alam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini