Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, KWSP tidak boleh dilihat sebagai penyelesaian sesuatu cabaran.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ini kerana pelbagai bantuan telah disediakan untuk membantu rakyat yang terjejas sama ada akibat bencana alam mahupun semasa pandemik.

Sekiranya pengeluaran khas KWSP dibenarkan setiap kali berlakunya bencana, ia pastinya akan menjejaskan simpanan hari tua pencarum.

KWSP sebelum ini telah membenarkan pengeluaran khas melalui  i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra dengan sejumlah RM101 bilion.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini