Pengeluaran simpanan KWSP bukan satu-satunya penyelesaian ketika berdepan bencana.

Perkara itu ditegaskan, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor.

Pencarum sebaliknya perlu memikirkan kecukupan simpanan mereka dan sejauh mana ia mampu menampung kehidupan selepas persaraan.

Jelas beliau, bagi mengurangkan lagi beban penduduk terjejas banjir, kerajaan boleh menambahbaik inisiatif dan bantuan yang diberikan.

Ia perlu dilaksana secara bersasar dan mengikut keperluan serta tidak terhad kepada bantuan tunai.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini