Pengeluaran tambahan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi risiko kepada pencarum pada masa depan.

Menurut Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri, Shahril Suffian Hamdan, kerajaan membuat pertimbangan setiap keputusan dasar dengan keperluan semasa bagi mengimbangi kepentingan rakyat untuk jangka pendek dan panjang.

Tambahnya, pengeluaran wang daripada KWSP buat kali ketiga akan memberi impak kepada kemampuan institusi dana persaraan itu untuk melabur sekali gus menjana pendapatan dividen.

Justeru, kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan dan inisiatif sebagai alternatif untuk mengurangkan beban penduduk terjejas banjir.

Ini meliputi Bantuan Wang Ihsan dan moratorium.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini